Thursday, June 18, 2009

Kalau sudah terlanjur, kembalilah ke pangkal jalan...

Alhamdulillah, kira-kira setengah jam selepas tulisan saya bertajuk "Pas-DAP boleh, Pas-Umno tak boleh?" dihantar ke halaman ini, seorang wartawan (Baby Giler?)di Kelantan telah mengajukan persoalan yang saya lontarkan di akhir tulisan berkenaan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat pada satu sidang media di Kota Bharu.

Jawapannya : "Hok doh lepas tak apo lah" - Maknanya : Yang sudah berlaku (kerajaan pakatan Pas dan DAP di Perak)tidak mengapa.

Masyallah, hampir saya tidak percaya perkataan seperti itu boleh keluar dari mulut seorang Tok Guru! Sedangkan saya yang jahil ini tak berani bercakap sebegitu. Disebabkan ia keluar dari mulut Tok Guru, maka pengertian saya yang jahil ini adalah : "kalau sudah terlanjur, biarlah terus terlanjur" atau dalam contoh yang lebih jelas, kalau seseorang itu membuat dosa, biarlah dia terus bergelumang dalam dosa... bukankah begitu maksudnya?

Maka, saya pun menyemaklah beberapa buku rujukan agama. Semua jawapan yang saya perolehi adalah : "Seseorang umat Islam yang terlanjur, hendaklah dia bertaubat, kembali ke pangkal jalan dan berazam tidak akan mengulangi kesalahan yang sama"

Setelah berfikir sejenak dan membandingkan antara kenyataan Tok Guru dan fakta rujukan yang saya perolehi, akhirnya saya membuat kesimpulan berikut : "Inilah hakikat Pas, apa yang orang Islam lain tak boleh buat, Pas boleh buat. Pas ada kuasa veto untuk mengenepikan hukum hakam Islam dan itulah yang berlaku selama ini sehingga timbulnya Amanat Hadi dalam isu mengkafirkan orang Umno. Maknanya, martabat parti Pas lebih tinggi daripada agama Islam itu sendiri?" Nauzubillah, wallahualam bissawab.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Hakikatnya, masih belum terlambat. Pas perlu dan boleh kembali ke pangkal jalan jika langkah parti itu telah tersilap. Jika perkahwinan dengan DAP di Perak satu kesilapan, Pas boleh menuntut cerai dan jika perceraian serta sikap buruk sangkanya dengan Umno selama ini satu kesilapan, Pas boleh rujuk semula.

Jalan ke arah perdamaian dan perpaduan seluruh umat Melayu Islam terlalu lurus dan terbentang luas kerana titik persamaannya amat jelas. Janganlah memilih jalan sempit yang penuh dengan perbezaan dan liku-liku yang hanya akan merugikan bangsa Melayu.

2 comments:

Lin said...

salam sdr anak sako

sebagai seorg wartawan insyallah sdr mempunyai pandangan tersendiri mengenai sesuatu isu...

saya juga begitu... namun matlamat utama sbg anak melayu islam... saya ingin kesefahaman dan kerjasama antara umat melayu islam mempertahankan kepentingan agama dan bangsa kita bersama-sama...

salam

baby giler said...

hakikatnya...pada pandangan umum, tiada kesan yang dalam jika tok guru tidak bertaubat...kerana tarafnya sebagai ulama. Begitulah juga permainan kotor politik pembangkang yang menyifatkan umno tolak islam malah pas pula memperjuangkan islam.
Jika difikirkan logik, memang tidak logik akal berdasarkan dakwaan pihak pembangkang itu. Bimbang jika perkara ini berlarutan, ia akan memesongkan akidah segolongan yang pendek akal untuk memperhalusi dakwaan pembangkang itu.

Baby rasa, alangkah baiknya jika pas dan umno bersatu dibawah satu rumpun dan memperjuangkan islam sebagai agenda dan dasar utamanya.

Mungkin pada pandangan baby, ia satu langkah yang baik.

Tetapi baby juga bimbang jika ada dikalangan pemimpin pembangkang cuba mengambil kesempatan.

Lumrah dalam politik, demi jawatan dan wang, semua boleh jadi...

Terfikir jauh, apa yang akan berlaku pada negara, bangsa dan agama kiter suatu hari nanti jika perkara ini tidak dibendung!!!