Wednesday, March 21, 2007

Salam Perjuangan


LEBIH dua puluh lima tahun berkhidmat sepenuh masa dalam dunia kewartawanan media cetak dan elektronik adalah satu tempoh yang lama. Pelbagai cabaran, rintangan dan pengalaman dilalui. Banyak pengalaman manis, tetapi tidak kurang yang pahit. Banyak cerita yang sudah disiarkan, tetapi ada juga cerita yang tidak pernah disiarkan atau tidak boleh sisiarkan sebelum ini.

Anak Sako adalah kesinambungan tinta Allahyarham Ayahanda Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) yang telah kembali ke Rahmatullah pada November 1991 (Al-Fatehah - semoga rohnya sentiasa dalam rahmat Allah swt - Amin). Kesinambungan semangat dan perjuangannya yang mengalir segar dalam darah keturunannya - Anak Sako.

Anak Sako bukan mahu memburukkan sesiapa, tetapi sekadar memaparkan hakikat! Realiti kehidupan kita! Realiti tanahair kita! Realiti bangsa kita! Anak Sako akan tampil dengan coretan kebenaran dan pendedahan, yang selama ini tidak boleh disiarkan media rasmi.

Semoga dengan siri coretan Anak Sako yang akan disiarkan di ruangan ini dari semasa ke semasa dapat memberi manfaat kepada semua.

Wassalam.