Saya terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini.
Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan idealogi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanahair tercinta ini.
Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap Kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama Al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.
Cuma mereka berpecah kerana idealogi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.
Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.
Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas?
Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang Umno dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;
“Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat): “Engkau bukan orang yang beriman”, (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). Janganlah kamu gelap mata pada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segalanya yang kamu lakukan.”
Ayat di atas juga menyarankan umat Islam tidak boleh terburu-buru berprasangka buruk. Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan antara parti itu dan UMNO. Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan;
“Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang kafir yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tahniah atas tulisan nada.
setengah jam lalu, saya bersama Tok Guru dlm satu sidang media... Turut ditanya pandangannya berhubung isu yang ditulis saudara...
Jelas tokoh bergelar Ulama itu..... pakatan dengan DAP telah berlansung sebelum pilihanraya lalu...dan beliau enggan mengulas lanjut kenapa dan mengapa pas dan umno sukar dan tidak boleh bergabung....
wujud kesamaran dalam nada jawapan beliau ang kurang jelas.....
Yang pasti...ia akan menjadi satu polemik politik yang akan berpanjangan....
Asalamualaikum Saudara,
Saya gembira masih ada orang macam saudara. Saya juga harap saudara adalah antara pelajar yang lahir semasa Anwar Ibrahim sedang meracuni pelajar melalui pensyarah2 ketika Anwar Ibrahim 'berkuasa'. Saya akan lebih gembira jika saudara antara bekas pelajar yang tak terkena racun Anwar.
Berkenaan PAS dan UMNO secara ringkasnya. Sebagai orang Kelantan pada saya PAS adalah PEROSAK orang Melayu dan UMNO gagal memperkasakan 'semangat' orang Melayu.
YB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan lagi Tok Guru bila beliau melangkah kaki ke arena politik. Beliau bukan boleh buat apa2 perubahan pun. Beliau hanyalah ayam laga sahaja. Ayam laga yang cerdik sedikit. Berkokok berlaga tanpa perlu disuruh. Yang untung 'orang tengah'. Kepada Nik Aziz. Ingatlah wahai Nik Abdul Aziz, tuhan hampir mencabut roh kamu ketika kamu sakit dahulu. Apakah itu amaran dari Allah S.W.T supaya kamu hentikan memporak-peranda umat Islam negara ini atau Tuhan saja suka-suka bagi kamu sakit? Orang cerdik pandai agama macam kamu mudah terjemahkan apa sahaja bagi kelihatan 'halal'. Taubatlah sebelum kamu mati celik. Semoga Allah S.W.T berlaku adil kepada umat Islam negara ini yang mahu hidup aman damai dan bersatu hati. Kerima Kasih.
Post a Comment